Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday, May 5, 2010

4 mei..

bermulanya musim duka...atau duka ini suatu prasangka...
mulai hari ini aku akan mencoretkan setiap isi hatiku padamu...aku namakan kau nobita...teman karibku..
hari ini, 4hb mei 2010...
zhafri dah lama x chatting denganku...sibuk katanya, setelah ditugaskan di lumut ini baru pertama kalinya.
aku gembira...sangat gembira...setiap saat ku luangkan bersamanya tak pernah rasa lelah.aku cintakan dia.sangat cinta.
tak pernah aku rasakan perasaan ini buat seorang insan bernama lelaki.
dia baru pulang dari kelas katanya.'online' fb untuk upload gamba semasa perkelahan di lata sedim 1 mei lalu.
agak lama untuk dia membalas mesejku.aku faham, mungkin dia mengambil masa untuk mengupload gambar tersebut.

jam 2.30 ptg, katanya ada baris sukan.terus dia offline.

bukan aku tidak percayakan dia nobita, sumpah bukan niatku untuk meragui kesetiaannya.aku sign in id fbnya.ku lihat
offline mesej dari dua wanita berbeza, Qistina dan sofea.

kebenaran tu memang pahit nobita, sangat pahit.hati aku hancur.

aku tau di mana batasan mesej sebgai seorang teman.aku bukan cemburu buta.
aku baca mesejnya bersama Qistina, mgkn baru berkenalan.bertanyakan hal pekerjaan.Qistina menyatakan dia merupakan
seorang tukang cuci, mengutip tin minuman sebagai menambah pendapatan.

"saya sanggup minum air tin setiap hari untuk awak kutip"."aish..lain macam je bunyi, kalu macam tu lepas awak minum
awak pos la dekat saya ek"."ok la awak, saya ada baris sukan ni".

bagitau aku nobita.salah ke perbuatan aku ni?.aku percaya dia 100% nobita.ini yang aku dapat.

aku cuma inginkan seorang llki yang setia mencintaiku.yang menghargai kewujudanku.menjaga hatiku.jujur padaku yang satu.kata Robin
Heiden (Seducing Mr. Perfect), "love is just like a game, there are some rules to bend with.the one who could manipulate
the emotion would be the main character of the game. the other who loose, would seems like a dog".

tapi aku.aku macam kim min june.bagiku cinta suatu yang agung.tidak kira apa yang dilakukan dibelakangnya, pasti ada batas.
aku tau, dia mgkin tidak akan tau jika aku menggatal di chatroom dengan lelaki lain.but, what if someday kalu dia tahu.pasti
hatinya hancur, sakit seperti yang aku rasa sekarang.

sama juga dengan perbuatannya hari ini.walau aku mgkin tidak tahu perbuatannya ini, kenapa dia tidak terfikir untuk menjaga hatiku?.
tidak terfikirkah bahawa dia akan ketahuan?, bagaimana pula perasaanku di ketika itu.

heartless.hatiku kosong nobita.kosong dari cintanya.aku sudah berjanji untuk tidak menangis lagi.
tapi air hangat itu kadang tumpah jua.apa dayaku.inikah lelaki yang akan ku pertaruhkan masa depanku bersama?.padanyakah
akan ku sandarkan masa tuaku?.aku keliru.

salahkah aku jika ingin mencari kebenaran tentang hebatnya cinta yang dia laungkan?.nobita,...aku bingung.siapa aku dihatinya.
snow queen ini tidak seperti dulu.ampuh menahan godaan.aku hanya insan yang lemah, yang ingin dicinta sepenuh jiwanya.

kenapa al-furqan melarang kita mengintip ("...la tajassassu..")??.inikah sebabnya?.mengetahui kebenaran itu sesuatu yang pahit.

nobita,...aku telah sandar seluruh kepercayaanku padanya.kenapa dia masih khianat?.dimana kekuranganku?.aku mengidamkan kekasih
sehebat Rasulullah, menyintai Khadijah hingga nafas terakhirnya.seperti adam, biarpun terpisah dari hawanya walau beribu batu.
cintanya tetap satu.seperti hamka nadmi, yang setia pada alisyahnya.

0 comments:

Post a Comment