Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday, May 5, 2010

6 mei..

nobita,...
hubungan kami masuk menginjak ke 4 tahun pada tahun ni...aku merasakan hubungan ini semakin tawar.aku kerap terasa hati dengannya.kenapa ya nobita?
dia pun tak mengendahkan rajukku lagi.seperti tak terkesan dihatinya dengan segala teguranku.

nobita,....
aku pernah,..malah acap kali dengan menyatakan bahawa aku tidak gemar dia merokok.namun teguranku dipandang sepi.

nobita,....
aku pernah menegur dia memakai seluar 3 quarter di khalayak ramai.aku tidak suka.namun teguranku juga dipandang sepi.

mungkin dia merasa dikongkong olehku.namun aku tidak bermaksud.
nobita,...apa erti manusia berpasangan?

padaku nilainya tinggi.saling menegur untuk kebaikan.saling menjaga hati.jika satu pihak cuma menurut kata hatinya sendiri, bagaimana untuk mewujudkan kefahaman.bagaimana untuk mempertahankan hubungan tersebut dalam tempoh yang lama?.

nobita,..
mungkin aku terlalu sensitif.aku mudah terasa.mungkin benar dia sibuk menjalankan tugas hariannya.kami sudah jarang berhubung.jika aku mengirimkan email tiada lagi sinambungan darinya.kalau berbalas pun cuma satu.mungkin jadual kerjanya terlalu padat.benarkah?.mesej di telefon juga jarang sekali.tambahan kalu berbual, tidak seperti dulu.semakin hambar.

nobita,...
aku tak setabah dulu.aku ingin dicinta seperti dulu.aku inginkan perhatian seperti dulu.aku inginkan perhubungan yang berkesinambungan.yang berkekalan.bukan hanya sekadar bermanis di mulut.banyak janjinya kini terkulai layu.

setiap hari aku rasakan semakin hambar.

nobita,...
perlukah aku ajarkan dia bagaimana untuk mengekalkan hubngan jarak jauh? walau dia sibuk, 1 mesej umpama mendapat setitis air di gurun pasir.

nobita,....
bagaimana aku tidak terasa?.mmungkin jadual kerjanya padat sepanjang hari bekerja.aku tunggu di hari minggu untuk bermanja.namun sekali lagi aku dihampakan.hujung minggunya dihabiskan bersama teman-teman di lata air terjun.aku yang harus bersabar.aku yang harus menunggu.

nobita,...
aku memang bodoh.tapi aku tak berdaya.cuma kau tempat aku curahkan.maafkan aku.aku tak berdaya.

0 comments:

Post a Comment