Feeds RSS
Feeds RSS

Saturday, May 22, 2010

kenapa??..

nobita...hari ni aku sepi lagi...
sendiri...

semlm dia ada kenduri aqiqah arieana di kampung.catering.tapi kenapa dia x mampu nk membalas msgku?.

nobita...semlm aku demam lagi...
dia tidak memperdulikanku seharian.sibuk benarkah dia?.hingga tidak mengendahkan keadaanku..tidak mengambil tahu perihal sakitku..

nobita...benarkah kita tidak memerlukan sebab untuk sukakan seseorg?..
tapi aku pnya sbb jatuh cinta padanya..
permulaan hubungan kami aku sekadar suka pada chractr dia..
sekadar suka..

aku jatuh cinta pada sikapnya ketika itu.sewaktu di UKM...
setiap kali ingin bertemu dia pasti menjemputku di stesen komuter UKM...balik juga dihantar...
itu yang membuatkan aku jatuh cinta padanya..

tapi semua itu dah berakhir nobita..
dia semakin lalai...semakin alpa untuk menjaga hatiku..

nobita aku kalah dalam permainan emosi ini...
30hb ni aku bakal menyambut hari jadinya bersama2 di lumut.perlukah aku travel sejauh tu demi menjaga hatinya??..
pernahkah dia fikir aku akan drive berseorangan nanti??..

nobita...perlukah aku pergi sejauh itu?...sedangkan hari lahirku yg lepas juga sepi dari ucapannya...tiada hadiah lagi..

hmmmnnn..mungkin aku yang harus menjaga hatiku sendiri...betulkan nobita..
agar aku tak sedih lagi..tak menangis lagi..

Friday, May 7, 2010

7 mei

nobita,...
semlm aku wat solat istikharah....alhamdulillah...hatiku tenang sgt
dah tak marah2 lagi...

nobita,...
hari ni die berbalas komen di fb...mgkin benar..
dia memang jujur pada ku..

Wednesday, May 5, 2010

6 mei..

nobita,...
hubungan kami masuk menginjak ke 4 tahun pada tahun ni...aku merasakan hubungan ini semakin tawar.aku kerap terasa hati dengannya.kenapa ya nobita?
dia pun tak mengendahkan rajukku lagi.seperti tak terkesan dihatinya dengan segala teguranku.

nobita,....
aku pernah,..malah acap kali dengan menyatakan bahawa aku tidak gemar dia merokok.namun teguranku dipandang sepi.

nobita,....
aku pernah menegur dia memakai seluar 3 quarter di khalayak ramai.aku tidak suka.namun teguranku juga dipandang sepi.

mungkin dia merasa dikongkong olehku.namun aku tidak bermaksud.
nobita,...apa erti manusia berpasangan?

padaku nilainya tinggi.saling menegur untuk kebaikan.saling menjaga hati.jika satu pihak cuma menurut kata hatinya sendiri, bagaimana untuk mewujudkan kefahaman.bagaimana untuk mempertahankan hubungan tersebut dalam tempoh yang lama?.

nobita,..
mungkin aku terlalu sensitif.aku mudah terasa.mungkin benar dia sibuk menjalankan tugas hariannya.kami sudah jarang berhubung.jika aku mengirimkan email tiada lagi sinambungan darinya.kalau berbalas pun cuma satu.mungkin jadual kerjanya terlalu padat.benarkah?.mesej di telefon juga jarang sekali.tambahan kalu berbual, tidak seperti dulu.semakin hambar.

nobita,...
aku tak setabah dulu.aku ingin dicinta seperti dulu.aku inginkan perhatian seperti dulu.aku inginkan perhubungan yang berkesinambungan.yang berkekalan.bukan hanya sekadar bermanis di mulut.banyak janjinya kini terkulai layu.

setiap hari aku rasakan semakin hambar.

nobita,...
perlukah aku ajarkan dia bagaimana untuk mengekalkan hubngan jarak jauh? walau dia sibuk, 1 mesej umpama mendapat setitis air di gurun pasir.

nobita,....
bagaimana aku tidak terasa?.mmungkin jadual kerjanya padat sepanjang hari bekerja.aku tunggu di hari minggu untuk bermanja.namun sekali lagi aku dihampakan.hujung minggunya dihabiskan bersama teman-teman di lata air terjun.aku yang harus bersabar.aku yang harus menunggu.

nobita,...
aku memang bodoh.tapi aku tak berdaya.cuma kau tempat aku curahkan.maafkan aku.aku tak berdaya.

4 mei..

bermulanya musim duka...atau duka ini suatu prasangka...
mulai hari ini aku akan mencoretkan setiap isi hatiku padamu...aku namakan kau nobita...teman karibku..
hari ini, 4hb mei 2010...
zhafri dah lama x chatting denganku...sibuk katanya, setelah ditugaskan di lumut ini baru pertama kalinya.
aku gembira...sangat gembira...setiap saat ku luangkan bersamanya tak pernah rasa lelah.aku cintakan dia.sangat cinta.
tak pernah aku rasakan perasaan ini buat seorang insan bernama lelaki.
dia baru pulang dari kelas katanya.'online' fb untuk upload gamba semasa perkelahan di lata sedim 1 mei lalu.
agak lama untuk dia membalas mesejku.aku faham, mungkin dia mengambil masa untuk mengupload gambar tersebut.

jam 2.30 ptg, katanya ada baris sukan.terus dia offline.

bukan aku tidak percayakan dia nobita, sumpah bukan niatku untuk meragui kesetiaannya.aku sign in id fbnya.ku lihat
offline mesej dari dua wanita berbeza, Qistina dan sofea.

kebenaran tu memang pahit nobita, sangat pahit.hati aku hancur.

aku tau di mana batasan mesej sebgai seorang teman.aku bukan cemburu buta.
aku baca mesejnya bersama Qistina, mgkn baru berkenalan.bertanyakan hal pekerjaan.Qistina menyatakan dia merupakan
seorang tukang cuci, mengutip tin minuman sebagai menambah pendapatan.

"saya sanggup minum air tin setiap hari untuk awak kutip"."aish..lain macam je bunyi, kalu macam tu lepas awak minum
awak pos la dekat saya ek"."ok la awak, saya ada baris sukan ni".

bagitau aku nobita.salah ke perbuatan aku ni?.aku percaya dia 100% nobita.ini yang aku dapat.

aku cuma inginkan seorang llki yang setia mencintaiku.yang menghargai kewujudanku.menjaga hatiku.jujur padaku yang satu.kata Robin
Heiden (Seducing Mr. Perfect), "love is just like a game, there are some rules to bend with.the one who could manipulate
the emotion would be the main character of the game. the other who loose, would seems like a dog".

tapi aku.aku macam kim min june.bagiku cinta suatu yang agung.tidak kira apa yang dilakukan dibelakangnya, pasti ada batas.
aku tau, dia mgkin tidak akan tau jika aku menggatal di chatroom dengan lelaki lain.but, what if someday kalu dia tahu.pasti
hatinya hancur, sakit seperti yang aku rasa sekarang.

sama juga dengan perbuatannya hari ini.walau aku mgkin tidak tahu perbuatannya ini, kenapa dia tidak terfikir untuk menjaga hatiku?.
tidak terfikirkah bahawa dia akan ketahuan?, bagaimana pula perasaanku di ketika itu.

heartless.hatiku kosong nobita.kosong dari cintanya.aku sudah berjanji untuk tidak menangis lagi.
tapi air hangat itu kadang tumpah jua.apa dayaku.inikah lelaki yang akan ku pertaruhkan masa depanku bersama?.padanyakah
akan ku sandarkan masa tuaku?.aku keliru.

salahkah aku jika ingin mencari kebenaran tentang hebatnya cinta yang dia laungkan?.nobita,...aku bingung.siapa aku dihatinya.
snow queen ini tidak seperti dulu.ampuh menahan godaan.aku hanya insan yang lemah, yang ingin dicinta sepenuh jiwanya.

kenapa al-furqan melarang kita mengintip ("...la tajassassu..")??.inikah sebabnya?.mengetahui kebenaran itu sesuatu yang pahit.

nobita,...aku telah sandar seluruh kepercayaanku padanya.kenapa dia masih khianat?.dimana kekuranganku?.aku mengidamkan kekasih
sehebat Rasulullah, menyintai Khadijah hingga nafas terakhirnya.seperti adam, biarpun terpisah dari hawanya walau beribu batu.
cintanya tetap satu.seperti hamka nadmi, yang setia pada alisyahnya.